Rabu, 5 Oktober 2011

Muslim Syok Bersama!



Assalamu'alaykum wbt,

Pertama sekali, alhamdulillah dipanjatkan rasa syukur tiada terhingga kerana Allah sudi memberi kekuatan untuk membuat blog ini. Hasrat untuk memiliki blog memang sudah lama terpendam dihati. Namun, siapalah aku tanpa diberi kekuatan daripada-Nya?

Sebarkan cinta-Mu. Aku memilihnya kerana-Nya. Jujur, ia diambil daripada tajuk novel seorang sang Murobbiyah yang ana sayangi dan kagumi kerana-Nya. Moga Allah merahmati dan melindunginya sentiasa ameen. Setitis kesedaran yang diperolehi daripada-Nya ini telah memotivasi untuk mewujudkan kehadiran blog ini, sekadar ingin berkongsi ilmu dan pemikiran. Bukan niat untuk bermegah. Bukan untuk meraih publisiti atau pujian manusia yang sementara. Tetapi, mudahan perkongsian ilmu nanti walaupun sedikit tetap ada manfaatnya, ameen insya Allah. Kerana aku percaya dan yakin, sedikit atau sekecil manapun usaha yang dilakukan tetap Allah akan memperhitungnya.

Buat kalian kesayanganku kerana-Nya,
Terima kasih kerana sudi menjejaki kaki ke blogku.
Jom sama-sama berusaha dan berganding bahu untuk memiliki cinta-Nya dan sama-sama berusaha dan bermujahadah untuk bangkit menjadi mujahid atau mujahidah yang dirindui ummah.

Jika kau serahkan hatimu pada manusia, manusia akan melukainya tapi jika kau serahkan hatimu pada Allah, Allah akan merawatnya dengan kemanisan cinta-Nya. Kerana cinta Allah tidak pernah mengecewakan.

Prinsip kita ialah MSB, bermaksud Muslim Syok Bersama. Ingin sama-sama berpimpin tangan masuk ke syurga-Nya. Dan bukan, MSS (Muslim Syok Sendiri).

Justeru itu, fight ignorance! And learn Islam.

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (QS 29:69)

Wallahu'alam. 
Sekian, moga bermanfaat :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan